Posts

Showing posts from September, 2022

Simpulan Bahasa, Maksud dan Penggunaannya (Bahagian 2)

Sambungan dari post yang terdahulu. Jika anda berminat untuk melihat post yang terdahulu. boleh klik di sini . Simpulan Bahasa Maksud Simpulan Bahasa Contoh Ayat Air Setaman Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi. Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman. Air Surut   Paras air laut yang turun.   Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut. Ajak-Ajak ayam   Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.   Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. Akal Belut   Orang yang pandai tipu muslihat.   Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah. Akal Sejengkal   Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.   ...