Simpulan Bahasa, Maksud dan Penggunaannya (Bahagian 2)

Sambungan dari post yang terdahulu. Jika anda berminat untuk melihat post yang terdahulu. boleh klik di sini.


Simpulan Bahasa

Maksud Simpulan Bahasa

Contoh Ayat

Air Setaman

Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.

Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

Air Surut

 

Paras air laut yang turun.

 

Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

Ajak-Ajak ayam

 

Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.

 

Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

Akal Belut

 

Orang yang pandai tipu muslihat.

 

Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

Akal Sejengkal

 

Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.

 

Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

Alas Cakap

 

Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

 

Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

Alas Perut

 

Makan sedikit.

 

Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

Alim Kucing

Pura-pura baik.

 

Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

Aliran Masa

 

Perubahan masa.

 

Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

Aliran Masyarakat

Kehendak masyarakat.

 

Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

Ambil Abu

 

Maksud yang tidak kesampaian.

 

Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

Ambil Ada

 

Berpuas hati dengan apa yang ada

 

Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

Ambil Angin

Bersiar-siar mengambil udara bersih.

 

Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

Ambil Bahagian

 

Menyertai.

 

Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Ambil Berat

 

Beri perhatian.

 

Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

Ambil Haluan = Mengambil Haluan

Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

 

Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan

Ambil Hati

 

Berasa tersinggung.

 

Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

Ambil Ibarat

 

Menjadikan sesuatu sebagai teladan.

 

Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

Ambil Ingatan

 

Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.

 

Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

Ambil Muka = Mengambil Muka

Membuat sesuatu supaya disukai.

 

Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah

Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

 

Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

 

Ambil Tahu = Mengambil Tahu

Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.

Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

 

Anak Adam

 

: Umat manusia.

 

Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

Anak Air

 

Sungai kecil.

 

Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

Anak Angkat

 

Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

 

Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi

nak BajuA

 

Baju dalam.

 

t: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju

Comments

Popular posts from this blog

Ciri - Ciri kain Koshibo dan Kain Como Crepe

Como Crepe vs Moss Crepe ?

Ciri - Ciri Kain Lycra Crepe dan Poly Crepe