Cara Terbaru 2022 Guna 2 Akaun Whatsapp dalam 1 Telefon

Hi

Sebelum ini, saya telah kongsikan beberapa cara untuk gunakan 2 akaun whatsapp dalam 1 telefon. Antara kaedah yang pernah saya kongsikan adalah dengan menggunakan fungsi yang terdapat dalam system telefon itu sendiri seperti berikut :

  • Samsung : Dual Messenger
  • Xiomi : Dual Apps 
  • Huawei & Honor : App Twin
  • Oppo & Vivo : Clone Apps 
  • ASUS : Twin Apps
Untuk pengguna telefon Samsung seperti saya, boleh cuba kaedah ini :
  • Setting > Advanced Features > Dual Messenger 
  • Aktifkan toggle Whatsapp hingga berwarna hijau
  • selanjutnya install Whatsapp and log in atau daftar menggunakan nombor kedua
Jika kaedah ini tidak berjaya, anda boleh guna WhatsApp Business. Ikut kaedah ini untuk guna Whatsapp Business 

  1. Download dan install Whatsapp Business ke telefon anda. Ianya percuma
  2. Daftarkan numbor kedua anda dan ikuti setiap langkah yang diarah oleh Whatsapp Business. Pilih negara anda dari senarai negara untuk menambah kod negara anda, kemudian masukkan nombor telefon anda dalam format nombor telefon antarabangsa. Klik selesai, selepas itu anda akan menerima kod pendaftaran 6 digit anda melalu SMS atau panggilan telefon. Masukkan kod 6 digit tersebut.
  3. Benarkan akses kepada kenalan dan foto anda
  4. Create profile anda dan anda boleh terus menggunakan whatsapp business anda.

Cuba anda komen dibawah jika anda telah berjaya guna 2 whatsapp dalam 1 telefon

Comments

Popular posts from this blog

Ciri - Ciri kain Koshibo dan Kain Como Crepe

Como Crepe vs Moss Crepe ?

Ciri - Ciri Kain Lycra Crepe dan Poly Crepe