Simpulan Bahasa dan Maksud

Simpulan Bahasa 

  • simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas yang digunakan untuk membawa maksud tertentu
  • kebiasaanya, simpulan bahasa terdiri daripada 2 perkataan atau lebih
  • Selain daripada itu, ianya mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal

Contoh Simpulan Bahasa

No

Simpulan Bahasa

Maksud Simpulan Bahasa

Contoh Ayat

1

Abang Angkat

Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah

2

Abang Ipar

Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami

Hafiz ialah abang ipar Umar.

 

3

Abang Kandung

Abang yang seibu sebapa

 

Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4

Abu Angin

Telah musnah sama sekali.

 

Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5

Ada Akal

Cara menyelesaikan sesuatu masalah

 

Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya

6

Ada Angin

Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

7

Ada Bakat

Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

8

Ada Can

 

Ada peluang.

 

Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

9

Ada Gaya

 

Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.

Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan

10

Ada Hati

 

Keinginan.

 

Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti

11

Ada Jalan

 

Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

 

Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

12

Ada-Ada

 

Ada sesuatu.

 

Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

 

13

Adat Balai

 

Adat dalam istana raja.

 

Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

14

Adik Angkat

 

Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.

Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

15

Adik Ipar

 

Adik kepada isteri atau suami.

Adik ipar saya seorang doktor

16

Adik Kandung

 

Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.

 

Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

17

Adu Buku atau beradu buku

Bertinju.

Samad beradu buku dengan Wahid.

18

Adu Domba atau Mengadu Domba

 

Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.

 

Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

19

Adu Kening atau Beradu Kening

 

Berhadap-hadapan muka.

 

Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

20

Adu Lengan atau Beradu Lengan

 

Beradu kekuatan.

 

Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

21

Adu Nasib atau Mengadu Nasib

 

Mencari rezeki.

 

Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

22

Air Mandi

 

Sudah menjadi kebiasaan.

 

Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari

23

Air Muka

 

a) Wajah b) Maruah

 

a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.

 

b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

24

Air Pasang

 

Paras air laut yang meningkat.

 

Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air 

25

Air Sembilan

 

Air yang digunakan untuk memandikan mayat.

 

Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital

26

Air Setaman

 

Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.

Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman 

27

Air Surut

 

Paras air laut yang turun.

 

Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

28

Ajak-Ajak ayam

 

Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.


Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

29

Akal Belut

 

Orang yang pandai tipu muslihat.

 

Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

30

Akal Kancil

 

Orang yang pandai tipu muslihat.

 

 


Comments

Popular posts from this blog

Ciri - Ciri kain Koshibo dan Kain Como Crepe

Como Crepe vs Moss Crepe ?

Ciri - Ciri Kain Lycra Crepe dan Poly Crepe